SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR (SIKAS) 2022 PADA 29 & 30 MAC 2022, PULLMAN BANGSAR
Malaysian Structural Steel Association (MSSA) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Simposium Kejuruteraan Awam Dan Struktur (SiKAS) 2022 pada 29 & 30 Mac 2022 bertempat di Pullman Kuala Lumpur.
Â
Menteri Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Hj. Fadillah Bin Hj. Yusof akan menyampaikan ucaptama dan bakal merasmikan majlis tersebut.
Â
Simposium ini bermatlamat meningkatkan pemahaman jurutera awam dan penggiat industri terhadap penggunaan teknologi terkini kejuruteraan seperti Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) termasuk penggunaan keluli ke arah Revolusi Industri 4.0; mewujudkan kesedaran kepada jurutera awam dan penggiat industri terhadap amalan terbaik kejuruteraan terkini seperti garis panduan, spesifikasi, bahan rujukan dan sebagainya; menjadi pentas perkongsian ilmu, kepakaran dan sesi perbincangan teknikal di antara semua pihak berkepentingan.
Â
Simposium bakal menampilkan sebelas (11) kertas pembentangan oleh pembuat dasar, pekar penyelidik dan penggiat industri dan terdapat lebih daripada 30 pameran kejuruteraan awam dan struktur untuk dilawati.
Â
Kami menjemput orang ramai serta penggiat industri pembinaan dan rangkaian untuk turut serta menyertai simposium tersebut. Yuran penyertaan adalah seperti berikut :-
Â
Agensi Kerajaan          : RM600
Agensi Swasta            : RM700
Â
Pendaftaran boleh dibuat di melalui https://tinyurl.com/RegSiKAS2020.
Tarikh tutup pada 28 Februari 2022.Â
Â
Sebarang pertanyaaan boleh berhubung dengan sekretariat di talian
Norpaizah Wahab   : 019-2214404
Carmen Chu  : 012-2805637.